SUMBANGAN PEMBANGUNAN WAKAF PEMBANGUNAN


 
RAYUAN SUMBANGAN WAKAF PEMBANGUNAN ASRAMA DAN DEWAN MAKAN PONDOK TAHFIZ TAWAI,GERIK,PERAK.

Bismilahirahmanirrahim....
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Kami dari pihak Pondok Tahfiz Tawai yang dulu di kenali sebagai Tahfiz Ummu Salamah memohon sumbangan derma dan wakaf untuk pembinaan Asrama Lelaki dan Dewan Makan beralamat :
PONDOK TAHFIZ TAWAI,GERIK,PERAK.
NO.120 KAMPUNG KAKI BUKIT TAWAI,KAMPUNG TAWAI,33300 GERIK,PERAK.
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak pengurusan kini sedang berusaha dalam menyiapkan sebuah asrama lelaki berkeluasan 65ft x 50ft bagi menampung anggaran jumlah pelajar seramai 20 orang serta dewan makan yang berkeluasan 50ft x 40ft.
Jumlah keseluruhan yang di perlukan ialah sebanyak RM200,000 untuk proses pembinaan Asrama,Dewan Makan,Wayaring serta sistem perparitan.
Maka dengan ini pihak pengurusan Pondok Tahfiz Tawai berbesar hati mengajak tuan-tuan dan puan-puan serta merayu dengan rendah hati kepada yang sudi untuk menderma sedikit dari rezeki tuan/puan bagi menjayakan pembinaan Asrama dan Dewan Makan ini.
Tuan/Puan Boleh klik link di bawah untuk proses wakaf yang lebih mudah :
Sumbangan berbentuk barangan binaan seperti bata,pasir dan lain-lain juga di alu-alukan.
Sebarang pertanyaan mengenai sumbangan atau mengenai kami boleh whatsapp pada no berikut :
Ustaz Lathiff ( Pengurus Pondok Tahfiz Tawai ) :
Imam Syakir Hanafiah ( Mudir )
Ust. Ashraf Che Wan
Dengan bantuan dan derma yang disalurkan kepada Projek Pembinaan Asrama Lelaki dan Dewan Makan Pondok Tahfiz Tawai ini kami dari pihak pengurusan mendoakan agar Allah SWT merahmati tuan/puan serta Allah SWT meluaskan rezeki yang berkah buat tuan/puan.
Akhir sekali doa dari pihak tuan/puan jua kami harapkan agar projek ini berjalan dengan lancar dan berjalan sebaiknya.
Allahumma Aaaamiiiin.....

Ulasan