SUMBANGAN KENDERAAN UNTUK KEGUNAAN PONDOK TAHFIZ TAWAI

 


MEMOHON SUMBANGAN PEMBELIAN SEBUAH VAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR PONDOK TAHFIZ TAWAI.

 

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.

 

2.         Untuk pengetahuan tuan,Pondok Tahfiz Tawai merupakan sebuah pondok tahfiz yang mempraktikkan sistem pembelajaran tahfiz,kitab dan juga akademik. Kini jumlah yang berdaftar dengan Pondok Tahfiz Tawai adalah seramai 40 orang iaitu 20 orang lelaki dan 20 orang perempuan.

 

3.         Untuk maklumat pihak tuan,penggunaan van penumpang amatlah di perlukan pihak kami. Ketika ini,pihak pondok terpaksa menyewa van dari pihak lain kerana tidak mempunyai pengangkutan yang baik untuk membawa pelajar – pelajar pondok ke tempat program seperti jemputan tahlil,doa selamat atau majlis pengebumian. Jika hari Jumaat,pelajar – pelajar terpaksa menaiki kenderaan penduduk kampung untuk ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat.

 

4.         Besarlah harapan kami sekiranya pihak tuan dapat membantu kami dengan menyumbangkan sebuah van penumpang bagi kegunaan pihak Pondok Tahfiz Tawai. Sebarang permasalahan,pihak tuan boleh menghubungi saya MUHD LATHIFF NUR BIN HARUDDIN di talian 019 – 5516911 . Segala kerjasama daripada pihak tuan amatlah kami harapkan dan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

 

Sekian,Terima Kasih.


Ulasan